Saturday, May 30, 2009

ahlan wa sahlan wa marhaban bikum


assalamualaikum wa ramatullahi wa barakatuh..

alhamdullillah..akhirnya ana decide to create my own blog. cuti-cuti sekarang, tergerak di hati nak create blog.

mmm..sekadar permulaan, petang tadi ana baru sahaja khatam buku entitled " Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat". Banyak yang ana perolehi dari buku ni. Antaranya petikan ulusan Tok Guru dalam satu sidang media,
" Dari dulu lagi saya menegaskan bahawa tiada apa2 pada sesuatu bangsa. Ia cuma identiti kaum. Semua nilai yang memuliakan orang Melayu diambil dari Islam, sementara semua nilai yang menyebebakan Melayu hina ialah berpunca daripada amalan meninggalkan ajaran Islam"

Terkelu sebentar membaca biat-biat kata Tok guru yang amat disegani ni, memang benar apa yang beliau katakan. Bangsa kita Melayu dimuliakan kerana Islam. Disebabkan bangsa Melayu pada majoritinya beragama Islam, seakan-akan menjadi satu adat yang Islam itu Melayu dan Melayu pasti beragama Islam. tapi apa yang ana sedih, anak-anak muda Melayu beragama Islam pada zaman sekarang semakin menjauhi agama. Tindak-tanduk mereka tersasar dari landasan agama. Mm...jika kita (tanpa mengira apa jua bangsa kita), hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,insya Allah kita pasti mulia. Pasti lebih hebat dari Yahudi.

(nanti la sambung lagi)




No comments:

Post a Comment