Friday, June 19, 2009

Kajian membawa Miller kepada Islam

BELIAU seorang pakar dalam bidang matematik. Ini kerana beliau suka sesuatu yang logik, yang boleh diselesaikan melalui kekuatan dan boleh diterima oleh akal. Oleh itu beliau tidak mudah untuk menerima sesuatu itu jika ia tidak logik atau masuk akal.
Ini termasuk juga soal pegangan agama. Namun baginya agama Kristian menepati semua prinsip-prinsip saintifik dan ilmu yang menyebabkan beliau tidak sahaja percaya sepenuhnya malah beliau juga seorang yang sangat aktif sebagai seorang paderi.
Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada tahun 1978, beliau bercadang untuk membaca kitab suci umat Islam, al-Quran. Niatnya untuk mencari sebarang kesalahan dan kesilapan dalam isi kandungan dan ajarannya.

Paderi tersebut, Dr. Gari Miller bercadang mengambil kesempatan setiap kesilapan yang beliau temui dari al-Quran untuk digunakan sebagai senjata melemahkan umat Islam dalam usahanya untuk menarik mereka kepada Kristian.
Miller yakin akan menemui pelbagai kesalahan kerana beliau menganggap al-Quran, sebuah kitab agama yang sangat tua. Sudah 14 abad usianya dan pastinya pada hari ini boleh ditemui pelbagai kesilapan di dalamnya.

Namun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Beliau yang berasal dari Toronto, Kanada itu, tanpa disangka terus memeluk Islam! Ini kerana beliau langsung tidak menemui sebarang kesilapan dari kitab itu malah yang ditemui hanyalah kebenaran demi kebenaran!
Tentu sahaja tanpa sebarang keraguan beliau mengambil keputusan sedrastik itu kerana Miller juga seorang yang sangat arif mengenai kitab Injil. Lantas ini yang membuatkan beliau menemui pelbagai perbezaan antara kedua-dua kitab itu dan mana yang lebih logik untuk diterima oleh akal!

Beliau kemudiannya dikenali sebagai Abdul Ahad Omar. Apa yang membuatkan beliau terkejut mengenai al-Quran ialah apabila kitab itu mengandungi lebih banyak kisah mengenai Nabi Isa a.s yang dianggap tuhan dalam Kristian berbanding Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Sedangkan Nabi Muhammad yang membawa dan menyebarkan Islam di muka bumi ini.

"Saya lebih terkejut lagi apabila al-Quran memperuntukkan satu surah yang khas, iaitu surah Mariam (Mary) bagi mengisahkan ibu Nabi Isa sedangkan jika Mariam itu benar-benar ibu kepada seorang 'tuhan' dalam Kristian, beliau sepatutnya layak diceritakan dalam tajuk atau surah yang khas di dalam kitab Injil.
"Tetapi perkara seperti itu tidak pernah terjadi malah tidak ditemui. Malah yang lebih mengharukan saya, mengapa Siti Mariam yang terpilih kisahnya dicatatkan dalam satu surah sedangkan beliau hanya ibu kepada Nabi Isa, mengapa al-Quran tidak mengutamakan sama ada Siti Aishah, isteri Rasulullah mahupun Siti Fatimah, anak perempuan baginda untuk dirakam dalam surah-surah khas, sedangkan mereka lebih layak kerana memberikan sumbangan yang besar kepada Islam?,"ujar Abdul Ahad.
Namun yang lebih mengejutkan Abdul Ahad ini apabila dalam al-Quran juga disebutkan Nabi Isa itu sebanyak 25 kali berbanding Nabi Muhammad yang empat kali sahaja disebutkan dalam kitab suci itu.

Ini menjadikannya semakin keliru. Beliau tidak menyangka bahawa Nabi Isa dijelaskan oleh Allah sebagai menghapuskan kekeliruan di kalangan penganut Kristian yang selama ini menganggap bahawa Nabi Isa itu adalah tuhan.

Tetapi oleh kerana ketika itu niatnya hendak mencari sebarang kesalahan, Abdul Ahad terus berusaha membongkar setiap isi kandungan al-Quran. Beliau tetap percaya kesilapan pasti akan wujud di mana-mana walaupun kitab itu telah memberi banyak jawapan yang benar mengenai soal kenabian Isa dan bukannya tuhan sebagaimana yang disangka oleh umat Kristian.

Namun Abdul Ahad terus menerima kejutan demi kejutan. Apa yang lebih memeranjatkan apabila makna ayat al-Quran, iaitu dari surah an-Nisa' ayat 82, seolah-olah tepat ditujukan kepada beliau. Abdul Ahad benar-benar terduduk dan terkejut.

Firman Allah yang bermaksud:
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan (ikhtilafan) yang banyak di dalamnya... (an-Nisa': 82).

Tidak tergambar perasaan terkejut beliau, seolah-olah Allah tahu niat buruknya itu. Ini menjadikan Abdul Ahad tidak lagi terdaya meneruskan niatnya itu kecuali menerima hakikat dan kebenaran yang terbentang di hadapannya itu kini.

Sebelum itu beliau pernah bertanyakan kepada kalangan umat Islam yang lain, sama ada Nabi Muhammad itu seorang nelayan atau ahli pelayaran.
Tentu sama sekali tidak, kerana seumur hidup baginda, baginda tidak pernah keluar kecuali berada di padang pasir yang tandus dan tidak pernah menuju ke mana luar dari Tanah Arab apatah lagi melalui jalan laut.

Ini menyebabkan Abdul Ahad kehairanan. Jika benar bagai dikatakan itu, bagaimana al-Quran itu mampu bercerita mengenai keadaan laut yang bergelora, tiupan angin dan kedudukan awan dan sebagainya sedangkan Nabi Muhammad yang beliau tuduh sebagai menulis semua isi kandungan kitab itu bukan seorang ahli pelayaran atau nelayan!

Menurut Miller, menerusi al-Quran pelbagai kelogikan akal dan menepati kehendak sains, beliau temui. Ayat 30 surah al-Anbiyaa' misalnya, adalah apa yang selama ini para saintis kaji dan temui. Iaitu;
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu (kanataa). Lalu kami pisahkan kedua-duanya (fafataknaahuma) dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup (minnal ma'ie) dan mengapa mereka tidak mahu beriman?
Kata beliau, ayat ini merupakan apa yang selama ini para saintis kaji mengenai asal kejadian alam dan hidupan di muka bumi ini bagi melayakkan memenangi anugerah Nobel pada tahun 1973.

"Iaitu penemuan Teori Great Explosion (Letusan Hebat) yang antara lain mendapati bahawa bumi ini terhasil dari satu kejadian letupan yang paling hebat dan kuat yang pernah berlaku yang membawa kepada pemisahan antara kedudukan bumi dengan langit dan planet-planet yang lain," kata Abdul Ahad.
Namun hakikat al-Quran yang beliau tidak nafikan kebenarannya apabila Allah menyebut betapa Yahudi itu benar-benar musuh Islam walaupun puak-puak itu mendakwa mereka melayani umat Islam sebagai kawan.

"Jika Yahudi mendakwa sedemikian rupa, mengapa Allah berkata yang sebaliknya pula, mesti ada sesuatu yang tidak kena pada al-Quran ini," kata Abdul Ahad sebelum mengucap syahadah.
Namun dalam banyak ayat dalam Kitab itu akhirnya Abdul Ahad menyedari kebenaran bahawa Yahudi itu memang musuh Islam. Ia sebagaimana yang terbukti berlaku pada hari ini apabila puak itu sentiasa mengambil kesempatan untuk memerangi umat Islam dalam apa juga bentuk.
Beliau kini adalah seorang pendakwah yang aktif dan komited dalam menjelaskan kebenaran Islam terutama dari aspek sains.

Buku karangannya, The Amazing al-Quran menceritakan segala-galanya. Terlalu banyak di dalam bukunya itu yang mendedahkan pelbagai lagi aspek fakta kebenaran al-Quran yang tidak dilihat dari satu satu-satu sudut semata-mata malah kepincangan kitab Injil turut menjadi tumpuan dalam bukunya itu.

********************************************************************************************************
Kebenaran hanya akan datang kepada manusia yang sering mencarinya, manusia yang sentiasa berdoa dalam hatinya supaya Tuhan menunjukkan beliau jalan yang lurus dan sesungguhnya petunjuk Tuhan akan sampai kepada manusia yang sering berfikir.
Sebijak-bijak manusia ialah mereka yang dianugerahkan akal fikiran dan mereka menggunakannya untuk mengkaji tanda-tanda kebesaran Tuhannya.
Adakah anda dari golongan tersebut? Berfikirlah, kerana tiada paksaan dan tiada pula kerugian padanya.
Sesungguhnya Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga mereka sendiri yang merubahnya.

p/s Happy sgt smlm bila dpt tau geng satu tutoran di matrix dulu ada y convert islam..Islam carian,,pasti nikmatnya lebih berbanding kita y Islam warisan ni

Tuesday, June 16, 2009

Kisah Nyata Seorang Pemuda Muslim Di Amerika



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani(kristian). Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Ia berkeberatan, namun karena ia terus mendesak akhirnya pemuda itupun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu si pendeta agak terbelalak matanya ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku berharap ia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak berganjak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak berganjak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya."
Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu ia bertanya kepada Sang Pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim?" Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun Sang Pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini, yaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk berdebat dengan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan markasnya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Sang Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang Pendeta pun mulai bertanya,

1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. Dua yang tiada tiganya,
3. Tiga yang tiada empatnya,
4. Empat yang tiada yang limanya,
5. Lima yang tiada enamnya,
6. Enam yang tiada tujuhnya,
7. Tujuh yang tiada lapannya,
8. Lapan yang tiada sembilannya,
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. Sebelas yang tiada dua belasnya,
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya,
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas nemun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakan yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar !
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?


Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu tersenyum dengan senyuman mengandung keyakinan kepada Allah. Setelah membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ia berkata,

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

2. Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang, Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda(kebesaran Kami)." (Al-Isra': 12).

3. Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan(kesalahan) yang dilakukan Nabi Musa ketika Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.(Nabi Musa mempersoalkan tindakan Nabi Khidir sedangkan baginda telah berjanji untuk tidak bertanya kepada Nabi Khidir. Hakikatnya Nabi Khidir dianugerahkan Allah untuk melihat perihal masa hadapan & setiap apa yang dilakukan ada sebab musababnya)

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT menciptakan makhlukNya.

7. Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8. Lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas kepala mereka." (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada nabi Musa.

10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

11.Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf.

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mukjizat Nabi Musa yang dapat mengeluarkan dua belas mata air seperti yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah ayah dan ibunya.

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
15.Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf berhampiran barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kalian" Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Salleh dan kambing Nabi Ibrahim.

19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya: ).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta nabi Salleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah(Abrahah) dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-Habul Kahfi (penghuni gua).

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting, mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.


Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia beranjak hendak pergi, namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh Sang Pendeta.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga?" Mendengar pertanyaan itu lidah Sang Pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kebimbangannya namun tidak dapat. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia berusaha mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberimu satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Pendeta tersebut berkata, "Sungguh aku mengetahui jawapan dari pertanyaan tersebut, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan menjamin keselamatan anda."
Sang Pendeta pun berkata, "jawapannya ialah Asyhadu alla illaaha illallaah, wa Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas Sang Pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

Kisah benar ini diambil dari mausu'ah Al-Qishash Al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net
Kaum yang berpikir (termasuk para pendeta) sedianya telah mengetahui bahwa Islam adalah agama benar yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan akan menjaga manusia dalam kesejahteraan baik di dunia dan di akhirat.


Kaum yang berpikir (termasuk para pendeta) sedianya telah mengetahui bahwa Islam adalah agama benar yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan akan menjaga manusia dalam kesejahteraan baik di dunia dan di akhirat.
Apa yang menyebabkan hati-hati para pendeta itu masih tertutup? Bahkan mereka sendiri yang menutup rapat jiwanya daripada menerima hidayah Allah. Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka yang mau berpikir. Amiin...




Monday, June 15, 2009

rindu pada teman seperjuangan

RINDU


Rindu itu adalah

Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

bunga..flower..zahrah...


purple tulip....subhanallah...cantiknya



kacaknya...subhanallah




"MAHA SUCI ALLAH, TIDAK ENGKAU JADIKAN INI DENGAN SIA-SIA"

mati... satu peringatan y sering kita lupakan


Semalam ana terbaca blog sahabat-sahabat medic Mesir. Tentang kembalinya sahabat mereka,Muhammad Ammar bin Zulkifli ke pangkuan yang Maha Esa. Walaupun ana tak pernah kenal dgn si arwah, tapi hati ana terkesan dengan tragedi tersebut. Kembalinya saudara Ammar ketika sedang berjuang di jalanNya (dikhabarkan dia terlibat dlm kemalangn jalan ry ketika dlm perjalanan plg utk meninjau tempat utk rehlah ukhwah gen6)..orgnya baik akhlaknya..hafaz al Quran...moga syurga buatnya..insya ALLAH

terdetik perasaan ana seketika, ya mati tu pasti. x kira muda atau tua. tak kira samada kita sedia atau x bersedia.
takkan lamabat walaupun sesaaat bilamana masanya telah tiba.

mati itu satu peringatan. dengan mengingati mati, jiwa kita akan lebih lembut. lebih rasa zuhud. eager nak buat amal kebajikan buat bekalan di akhirat sana.

dalam satu hadis Rasullullah SAW disebut insan yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingat mati.

"mati itu pasti...
semua pasti mati..
bila ditanya, adakah nak rasa nikmat syurga. semua nak syurga.
kalu nak syurga, so kenala mati dulu.
maksudnya suma harus mati kalu nak merasai nikmat syurga..
nak syurga, maka berusahalah berbuat byk amal kebaikan moga dapat menjadi saham akhirat kita"






epilog silam -haikal

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Ujian dariNYA





"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah ayat 286


Ujian...
Nani mampu, that's why ALLAh uji nani. HE wants to make u stronger so that's why HE give u this test.

ujian ni pun sebagai peringatan buat nani. mungkin nani lalai selama ni.
moga nani tetap tabah dan sabar..
u must strong, nani


Pasti ini yang terbaik disisiMu. nani kena redha pada ALLAH.pasti ada hikmahnya. Teringat hadis Rasul junjungan tercinta, " Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan utknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan" -HR Bukhari.
thinks positive nani, pasti ada hikmah di atas ujian ini.


Teringat cerita y pernah seorang sahabat ceritakan pada satu ketika dahulu. ceritanya tentang seorang ibu dgn anaknya. Si anak teringin nak bermain dengan pisau, tetapi kerna sayangnya si ibu pada si anak dan khuatir anaknya tercedera, si ibu tak kan izinkan anaknya bermain dengan pisau tu. walaupun anaknya meronta-ronta dan menangis semahu-mahunya sebab nak sangant-sangat main dengan pisau tu..Begitu juga ALLAH pada maklukNya, walaupun kita nak sangat2 sesuatu benda tu sampai kita nangis-nangis nakkan benda tu, ALLAH takkan bagi kat kita. kerna DIA sayangkan kita and HE knows what the best for us.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - Al Baqarah ayat 216

Ya.......ALLAH knows but u dont know..

p/s kita merancang, ALLAH juga merancang. sesungguhnya DIAlah sebaik-baik perancang!!!