Friday, July 17, 2009

Islam, Liberalisme, dan sekularisme: Bagaimana membanteras pengaruh liberal dan sekular dalam kehidupan masyarakat kampus (Part 1)





Maha suci Allah Yang Maha Pemberi Ptunjuk, tunjukilah kami jalan yang lurus yakni Sairatul Mustaqim yang telah dilalui oleh para Nabi-nabi, siddiqin, syuhada' dan orang-orang yang soleh. Aminn


Didoakan ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan kita sentias a beroleh kesenangan dan ketenangan dalam berurusan dalam penghidupan. Insya ALLAH. Semoga juga kita terus berada dalam keadaan iman yang baik dan diberi kekuatan beramal liridhaLillahi Ta'ala. Aminn.


Sebelum menjurus kepada tajuk perbincangan terlebih dahulu didahului dengan serba sedikit pengenalan mengenai apakah itu Islam, liberalisme dan sekularisme.



Islam

Apa itu Islam? Pengertian Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu dari segi bahasa dan syarak.Islam sejahtera dari segi bahasa bererti damai,aman,dan selamat.Manakala dari segi syarak,Islam membawa definisi mentauhidkan Allah SWT ,patuh,tunduk,dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.


Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya pada ayat 125 surah An-Nisa’ yang bermaksud:

Dan siapakah yang baik deennya, dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan ia berbuat ihsan dan mengikut deen Ibrahim dengan hanya cenderung kepada Allah”.

Berdasarkan kepada ayat ini, Islam diertikan sebagai satu bentuk penyerahan diri kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan hati.Bahkan inilah intipati dari seluruh makna Islam. Islam dengan pengertian induk ini, tidak hanya dispesifikkan hanya kepada manusia semata-mata tetapi meliputi segala kejadian di alam semesta berdasarkan firman Allah SWT:

“Apakah selain daripada agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang di langit dan di bumi telah Islam (menyerah diri) kepada- Nya dengan rela hati dan terpaksa.Dan kepadanya mereka dikembalikan”

(Surah Ali-‘Imran: ayat 83)

Liberalisme

Dari segi bahasa, Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan ‘liberal’ sebagai bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dsb.).Manakala ‘liberalisme’ bermaksud fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi.


Fahaman liberalisme pertama kali diperkenalkan pada kurun ke-16 sewaktu zaman Renaissance.Satu idea penting dalam fahaman ini ialah “Kebenaran itu tidak selama-lamanya benar”.Kesan daripada kebangkitan ideology ini, maka timbullah beberapa golongan yang mengkaji semula Al-Quran mengikut pemahaman mereka.Maka dewasa ini kita dapat lihat dan baca dalam media massa tentang kewujudan golongan yang mengelarkan diri mereka golongan Islam Liberal.Satu contoh dakyah yang dibawa oleh golongan ini seperti hukumnya tidak haram meminum arak sekiranya tidak memabukkan dan lain-lain lagi dakyah lagi


Sekularisme

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan ‘sekular’berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Manakala ‘sekularisme’ adalah fahaman (doktrin, pendirian dsb.) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.


Dewasa ini fahaman ini semakin menular di kalangan umat Islam sama ada dari golongan pemerintah, rakyat biasa, dan juga termasuk alim ‘ulama.Sebagai contohnya, seorang pemerintah yang ta’at dalm beribadat kepada Allah SWT tetapi apabila memerintah, beliau tidak mengaplikasikan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam urusan pemerintahannya seperti dengan menolak pelaksanaan hukum hudud.Maka menteri ini walaupun mengaku Islam tetapi sebenarnya berfahaman sekular.


Oleh yang demikian dapat dirumuskan di sini bahawa fahaman sekular ialah dengan memisahkan agama daripada hal-hal keduniaan samada yang berkaitan dengan ekonomi,politik,pendidikan,pentadbiran ,kebudayaan,komunikasi dan sebagainya.Ini bermaksud urusan kehidupan dunia tidak mempunyai hubungan dengan Tuhan dan tiada hubungkait dengan akhirat.Ertinya golongan yang berfahaman ini tidak mempercayai adanya akhirat dan beranggapan hidup di dunia ini hanya habis dunia.Tidak timbul soal dosa dan pahala dalam pemikiran golongan sekular.Walaupun ada sesetengah golongan fahaman sekular yang percaya adanya hari akhirat,tetapi bersikap acuh tak acuh mengenainya contohnya pekara halal dan haram tidak diendahkan.


Sesungguhnya apa yang di sisi Allah SWT itu adalah yang lebih baik dan lebih kekal daripada kehidupan dan kenikmatan dunia ini adalah sementara serta adalah amat sedikit berbanding apa yang telah Allah SWT janjikan di syurgaNya.

Firman Allah SWT:

“Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahu (Surah Al-Mukminun: 114)

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah ke- nikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (surga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi; kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?

(Surah Al-Qashash: 60 &61)

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir.” (Surah Yunus: 24)

Sabda Rasulullah SAW:

“Celuplah jarimu ke dalam air laut.Air yang menitis dari jarimu adalah nikmat dunia.Baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat syurga”

(to be continued)

1 comment:

  1. Sabda Rasulullah SAW:

    “Celuplah jarimu ke dalam air laut.Air yang menitis dari jarimu adalah nikmat dunia.Baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat syurga”

    salamun alaik
    tumpang tanya.siapa perawi hadis ni ya?
    sohih or hasan?

    ReplyDelete